Tuesday, 14 January 2014

Kacang buncis goreng + Fish ball

Sambungan daripada resepi asam pedas yer.. Kalo dah masak lauk berkuah, mesti ada sayur..Barulah lengkap nutrisi makanan nyer.. Saya ni suka masak yang simple2 ajer.. Untuk hari ni, saya masak kacang buncis goreng..lagipun tu ajer sayur yang ada pun :)


Bahan-bahan:

10-20 batang kacang buncis - dipotong serong
3 biji bawang merah - dimayang
3 biji bawang putih - dimayang
Bebola ikan - dipotong dua atau empat bahagian
Sos ikan secukupnya
Air secukupnya
Kicap soya cair secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara memasaknya :

1. Isi minyak masak ke dalam kuali dan biarkan minyak panas. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang sehingga naik baunya.
2. Masukkan bebola ikan dan goreng seketika sahaja. Masukkan juga sos ikan dan kicap soya cair secukupya. Jangan isi banyak2 dahulu yer, sebab nanti terlebih masin pulak. Renehkannya sekejap.
3. Masukkan sedikit air dan kacang buncis. Goreng sehingga kacang buncis empuk. Lepas tu hidangkanlah dan makan :)

Tak perlu masuk garam sebabnya kicap soya cair dan sos ikan dah masin.. Karang double pulak rasa masinnya..Jaga2 nanti dapat darah tinggi pulak..

Asam Pedas Ikan Cencaru

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua.. Hari ni merupakan hari cuti umum untuk semua rakyat Malaysia.. Apa lagi berjimba lah kat rumah :)

Hmm.. dah tengahari ni..bukak peti ais, kat dalamnya ada ikan cencaru dan kacang buncis... Apa nak masak ari ni? Kepala ligat memikirkan lauknya..Aha..asam pedas ikan cencaru dan kacang buncis goreng.. Bolehlah tu..2 jenis lauk ajer..Buat apa nak masak banyak2..Ni pun belum tentu habis :)

Jadik saya nak kongskikan resepi asam pedas ni.. Biasalah orang Melaka kan suka makan asam pedas.. Apa sebab asam pedas Melaka popular ye? Bagi sayalah asam pedas Melaka pekat dan terasa segala rasa asam dan pedasnya.. Hehehe.. sajer jer puji lauk sendiri :)

Ni resepi Asam Pedas Ikan Cencaru..


Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru
5 biji bawang merah - ditumbuk/dikisar
5 biji bawang putih - ditumbuk/dikisar
2 senduk kecik cili giling (kalo nak pedas lagi, leh letak banyak siket)
Air asam jawa (kalo nak masam letak lah banyak siket)
2 batang serai - diketuk
Belacan - diramas dan dicampur sedikit air
Serbuk kunyit secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya

Cara memasaknya..
1. Ikan cencaru digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng sehingga hampir garing. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Masukkan minyak masak dalam periuk. Apabila minyak masak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk, dan serai yang telah diketuk. Goreng sehingga naik baunya.
3. Masukkan cili giling dan belacan serta sedikit serbuk kunyit. Goreng sehingga garing.
4. Apabila cili giling sudah garing, masukkan air asam jawa dan kacau sehingga sebati. Biarkan sehingga kuah mendidih.
5. Apabila kuah telah mendidih masukkan ikan cencaru, dan tambahkan sedikit air supaya kuah tidak terlampau pekat sangat dan biarkan ia mendidih sekali lagi.
6. Akhir sekali, perasakan dengan garan dan gula secukupnya selepas kuah asam pedas mendidih sekali lagi. Dah selesai, padamkan api dan boleh dihidangkan.

Saturday, 4 January 2014

Salam Pembukaan

Alhamdulillah..Hari ni merupakan hari pembukaan kepada blog baru saya iaitu Jom Ngeteh. Blog ini akan memaparkan resepi2 yang saya ingin cuba untuk hasilkan. Sekiranya anda ingin berkongsi pun boleh..Apakata anda emelkan kepada orderkedaimagika@gmail.com. Semoga dengan perkongsian ilmu ini akan membolehkan kita sama2 menikmati makanan yang lazat dan berkhasiat di samping menambah kebahagiaan dalam kehidupan masing2. Semoga blog ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Tqvm.