Hmm.. dah tengahari ni..bukak peti ais, kat dalamnya ada ikan cencaru dan kacang buncis... Apa nak masak ari ni? Kepala ligat memikirkan lauknya..Aha..asam pedas ikan cencaru dan kacang buncis goreng.. Bolehlah tu..2 jenis lauk ajer..Buat apa nak masak banyak2..Ni pun belum tentu habis :)
Jadik saya nak kongskikan resepi asam pedas ni.. Biasalah orang Melaka kan suka makan asam pedas.. Apa sebab asam pedas Melaka popular ye? Bagi sayalah asam pedas Melaka pekat dan terasa segala rasa asam dan pedasnya.. Hehehe.. sajer jer puji lauk sendiri :)
Ni resepi Asam Pedas Ikan Cencaru..
Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru
5 biji bawang merah - ditumbuk/dikisar
5 biji bawang putih - ditumbuk/dikisar
2 senduk kecik cili giling (kalo nak pedas lagi, leh letak banyak siket)
Air asam jawa (kalo nak masam letak lah banyak siket)
2 batang serai - diketuk
Belacan - diramas dan dicampur sedikit air
Serbuk kunyit secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
Cara memasaknya..
1. Ikan cencaru digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng sehingga hampir garing. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Masukkan minyak masak dalam periuk. Apabila minyak masak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk, dan serai yang telah diketuk. Goreng sehingga naik baunya.
3. Masukkan cili giling dan belacan serta sedikit serbuk kunyit. Goreng sehingga garing.
4. Apabila cili giling sudah garing, masukkan air asam jawa dan kacau sehingga sebati. Biarkan sehingga kuah mendidih.
5. Apabila kuah telah mendidih masukkan ikan cencaru, dan tambahkan sedikit air supaya kuah tidak terlampau pekat sangat dan biarkan ia mendidih sekali lagi.
6. Akhir sekali, perasakan dengan garan dan gula secukupnya selepas kuah asam pedas mendidih sekali lagi. Dah selesai, padamkan api dan boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment