Jadual Kalori

Assalamualaikum semua..Hari ni saya nak berbicara tentang sajian makanan dan minuman yang sepatutnya diambil oleh badan kita setiap hari.

Di bawah ini, saya ingin menunjukkan piramid makanan Malaysia.
Piramid Makanan Malaysia - Saranan Keperluan Harian 1500kcal hingga 2500kcal setiap hari

8 Amalan Makan Secara Sihat
  1. Makan nasi dan produk bijirin lain secukupnya (utama bijirin penuh) serta ubi-ubian.
  2. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  3. Makan ikan, daging, ayam, telur dan kekacang secara sederhana.
  4. Ambil susu dan produk tenusu secukupnya.
  5. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan minyak semasa menyediakan makanan.
  6. Pilih dan sediakan makanan yang kurang garam dan sos.
  7. Ambil makanan dan minuman yang kurang gula.
  8. Minum banyak air setiap hari. 
Pengenalan Kalori
Kalori adalah pengukuran nilai tenaga dalam makanan. Setiap makanan mempunyai nilai kalori yang berbeza. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan :

a) 1 gram Karbohidrat   = 4 kalori
b) 1 gram Protein          = 4 kalori
c) 1 gram lemak            = 9 kalori

Sebagai contoh,

sekiranya makanan A mengandungi 10g karbohidrat, 10g protein dan 10g lemak, maka jumlah kalori dalam makanan A ialah:-

(10g x 4) + (10g x 4) + (10g x 9) = 170cal dan (90cal dari lemak)


Contoh pengiraan kalori dalam Makanan

1 sudu teh gula (5g) - 20 kalori                      
1 sudu teh minyak masak (5g) - 45kalori

Contoh 1
a) 1 cawan mihun kosong direndam(45g) = 75 kalori
b) 1 cawan mihun(45g) + 1 sudu teh minyak masak(5g) = 120 kalori
c) 1 cawan mihun(45g) + 2 sudu teh minyak masak(10g) + 1 biji telur(50g) 
    + 1/2 cawan sayur berdaun(30g) = 255 kalori

Contoh 2
a) 1 senduk nasi putih (75g) = 100kalori
b) 1 senduk nasi minyak (75g) = 134 kalori
c) 1 senduk nasi minyak (75g) + 1 ketul ayam masak merah (90g) 
    + 1 senduk dalca sayur (80g) = 364 kalori

Contoh 3
a) 1 cawan air teh O kosong (200ml) = 0 kalori
b) 1 cawan teh O (200ml) + 1 sudu teh gula (5g) = 20kalori
c) 1 cawan teh O (200ml) + 1 sudu teh gula (5g) 
    + 1 sudu makan krimer manis (10g) = 110 kalori

Panduan Saiz Sajian Individu










Kalau kenkawan tak faham gak, leh tengok video ni..



Senarai Jadual Kalori 200 Makanan di Malaysia





















Saya juga nak kongsikan Piramid Aktiviti senaman yang digalakkan.




Ini beberapa video yang kenkawan leh tengok untuk menambah pemahaman kenkawan.








1 comment: