Showing posts with label Cara Hidup Sihat. Show all posts
Showing posts with label Cara Hidup Sihat. Show all posts

Wednesday, 2 April 2014

Kata "TAK NAK" kepada Senggugut

Elak Serangan ‘Dysmenorrhea’ Ketika Haid!
Oleh:Nur Ainaa, Web Rapi
 
Serangan dysmenorrhea ataupun senggugut boleh dikatakan normal bagi kaum wanita setiap kali datangnya haid. Ramai mengeluh apabila penyakit ini datang menyerang.  Kesakitan yang dialami kadang kala agak serius seperti kekejangan di bahagian otot perut sehingga anda hanya mampu terbaring sahaja di katil. Hal ini antaranya adalah kerana kuncupan rahim yang kuat berlaku bagi sesetengah wanita yang belum berkahwin. Untuk itu, sedikit tip mudah mengelakkan daripada serangan senggugut ini, pasti berguna untuk anda!

Senaman ringan

Beberapa jenis senaman ringan seperti lompat bintang, hula-hoop atau juga berjoging mampu melegakan kesakitan senggugut. Ini kerana ia dapat meregangkan sel-sel serta otot badan agar tidak berada dalam keadaan tertekan.

Air
 Air amat penting dalam kehidupan seharian. Pastikan anda minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya dua liter sehari agar dapat membantu proses penghadaman. Ini  sekaligus mencegah penyimpanan air berlebihan dalam badan yang juga disebabkan perubahan hormon pada setiap bulan.

Kalsium yang cukup
Ambil makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, kobis, brokoli, dan yogourt kerana ia mampu mengelakkan kekejangan otot yang kerap melanda wanita ketika awal kedatangan haid. Wanita memerlukan sekurang-kurangnya 1,200 mg kalsium setiap hari bagi tujuan dos vitamin tambahan secara semulajadi yang dapat membantu melancarkan aliran darah kotor tersebut.

 ‘Say No To Salt & Caffein!’

Awas jika anda penggemar makanan segera atau peminat setia minuman berkafien! Normalnya wanita akan mengalami sedikit penambahan berat badan yang sekaligus menyebabkan simptom retensi atau pengumpulan air dalam badan setiap kali waktu kedatangan haid. Bayangkan dengan pengambilan makanan segera yang tinggi kandungan garam, ia pasti akan menyebabkan pengumpulan air yang banyak dan keadaan ini pasti mengundang ketidakselesaan pada perut anda!

Begitu juga dengan kandungan kafien yang terkandung di dalam minuman seperti kopi. Ia dikatakan mampu menyebabkan saluran darah mengecut dan anda akan mengalami kesakitan pada bahagian abdomen juga boleh menyebabkan kekejangan otot. Bagaimanapun, jika anda seorang penggemar tegar minuman berkafien, untuk terus berhenti adalah agak sukar, jadi cukuplah jika anda mengambil inisiatif untuk mengurangkan pengambilan kafien dalam kehidupan seharian anda. -RAPI



20 tips kurus mudah dan berkesan

20 Tip Kurus Mudah & Berkesan
Oleh:Editorial Rapi

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan 
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 
4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 
11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.