Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts

Monday, 7 April 2014

Sayur campur ringkas

Hmm.. Di samping menyediakan lauk Sardin Pindang, saya juga menyediakan sayur campur ringkas. Resepi ni saya cilok selepas saya merasa lauk ini semasa menjaga suami saya di Hospital Pantai kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Yerlah, pesakit mana ada selera nak makan. Semua lauk suami saya kata tak sedap.

Pada masa tu, saya tak sampai hati nak buangkan lauk tu. Jadi saya ni jadik pekerja pembersihan yang menghabiskan baki makanan suami saya yang tak habis. Apabila dah makan lauk ni, saya rasa ok gak kalo saya cuba sebab ringkas dan sedap rasanya :)

Cubalah kalo nak tahu sedap ke tidak yer?


Bahan-bahan :
1 cawan brokoli - dipotong kecil
1 cawan kobis bunga - dipotong kecil
1/2 batang lobak - dihiris panjang
Garam secukupnya
Serbuk lada putih secukupnya
Air secukupnya
1/4  sudu teh oregano

Cara memasaknya :
1. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Masukkan secubit garam. Biarkan air mendidih.
2. Apabila telah mendidih, masukkan brokoli dan kobis bunga ke dalam periuk. Rebus sekejap sahaja sehingga empuk. Dah empuk, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan pula lobak dan rebus sampai empuk jugak. Dah empuk, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk.
4. Masukkan sedikit garam dan sedikit lada putih. Gaulkan sayur-sayuran tersebut. Hiaskan dengan sedikit herba oregano. Sudah boleh dihidang.



Jumlah kalori bagi hidangan di atas ialah : 
3 cawan sayur-sayuran : 80 x 3 = 240kcal.

Sardin Pindang

Untuk makan tengahari, apa kata kenkawan cuba buat lauk ni.. Pindang Ikan Sardin..Kalo x de ikan sardin, boleh ajer guna ikan kembung, ikan tenggiri dan ikan selar.

Saya sangat suka lauk pindang ni sebab senang sungguh nak masakknya. Cepat dan hanya perlu dileburkan ajer dalam periuk :)

oklah ni resepinya..


Bahan - Bahan :
3 ekor ikan sardin
1 labu bawang besar - dimayang
1/2 inci kunyit hidup - ditumbuk
2 biji cili merah - dipotong dua bahagian
1 genggam asam jawa 
3 sudu besar cili mesin
Air secukupnya
Garam secukup rasa
2-3 keping asam keping
1 helai daun kunyit - digunting halus
2-3 helai daun limau nipis

Cara memasaknya:
1. Sediakan air asam jawa. Air asam jawa dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan sekali bawang besar, kunyit, cili mesin, daun kunyit, dan asam keping. Biarkan lauk mendidih dahulu.
2. Masukkan ikan apabila kuah telah mendidih dan tambahkan air secukupnya. Masukkan cili merah yang telah dipotong dan daun limau nipis. Biarkan ikan masak dan mendidih sekali lagi.
3. Perasakan garam secukupnya. Sudah boleh dihidang.


Untuk lauk di atas, saya menganggarkan kalorinya sama dengan :
- Ikan kembong masak kicap : 1 ekor (80gram ) ~ 161kcal, 100g ~ 261 kcal.

Tuesday, 1 April 2014

Doyak Hitam Manis

Alhamdulillah, sambil tengok citer Ahmad Albab barulah datang ilham ingin menulis di blog ni. Tadi langsung takde mood nak menulis pun. Disebabkan mood dah baik, bolehlah saya bercerita tentang masakan malam tadi iaitu Doyak Hitam Manis.
Semestinya kenkawan pasti nak tahu apakah DOYAK? Pernah kenkawan jumpa haiwan ni?
Inilah DOYAK atau lebih dikenali sebagai sotong basah. Biasanya, kita akan memasaknya untuk lauk sambal, tapi malam ni saya memasaknya menggunakan kicap. Disebabkan itu juga saya namakan lauk ni sebagai Doyak Hitam Manis :)

 Bahan-bahan :
1 ekor doyak - dibasuh bersih dan dibuang tulang
3 ulas bawang merah kecil - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1 ulas halis (sebesar ibu jari) - dihiris halus
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus
3 sudu besar kicap manis ABC
2 sudu besar kicap soya cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar cuka
Minyak secukupnya
1 sudu kecil tepung jagung dicampur 2 sudu besar air
Air secukupnya

Hiasan :
1 labu bawang besar - dihiris
5 biji cili merah - dihiris serong

Cara memasaknya:
1. Masukkan minyak untuk menumis ke dalam kuali.Apabila minyak telah panas, tumiskan bawang merah kecil, bawang putih, halia dan lada hitam. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan kicap manis ABC, kicap soya cair, sos tiram, sos ikan dan cuka. Kacau seketika.
3. Kemudian, masukkan sedikit air. Biarkan kuah mendidih seketika. Masukkan doyak ke dalam kuali dan kacau kuah sehingga doyak empuk.
4. Masukkan campuran tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau seketika sehingga kuah mendidih. Hidangan sudah boleh disantap.



Thursday, 27 March 2014

Lemak lala

Hmmm,,,apa nak masak ari ni yer? Dalam peti ais ada lala dan sotong basah, tapi rasanya hari ni saya nak masak lemak lala lah.. :) ok jugak kan..

Di sini, saya akan kongsikan resepi nyer..

Resepi "Lemak Lala".

Bahan-bahan:
Lala 1/2 kg - dibersihkan 
Serai 2 batang - diketuk
Kunyit hidup 1 biji -ditumbuk halus
Cili padi 10 biji hingga 15 biji - ditumbuk halus
Asam keping 2-4 keping
Santan pekat 1/2 cawan
Daun limau nipis 2-3 helai
Tomato 1 biji
Air 2 cawan
Garam secukup rasa

Cara memasaknya:
1. Masukkan 1/2 cawan air ke dalam periuk. Tambahkan sekali bahan-bahan yang ditumbuk (kunyit hidup dan cili padi) serta serai yang telah diketuk. Didihkan sebentar.
2. Setelah kuah mendidih, masukkan lala, asam keping dan daun limau nipis serta baki 1 1/2 cawan air dan biarkan ia mendidih sekali lagi atau sehingga lala masak. (p/s: lala masak apabila kulitnya bertukar warna merah dan kulitnya terbuka sedikit).
3. Akhir sekali, masukkan santan pekat dan garam secukupnya. Kacau kuah sehingga sebati dan pastikan santan tidak pecah minyak. Biarkan kuah mendidih sebentar dan bolehlah dihidangkan.

Apa lagi, cubalah resepi ini..Sedap tau..

Tuesday, 14 January 2014

Kacang buncis goreng + Fish ball

Sambungan daripada resepi asam pedas yer.. Kalo dah masak lauk berkuah, mesti ada sayur..Barulah lengkap nutrisi makanan nyer.. Saya ni suka masak yang simple2 ajer.. Untuk hari ni, saya masak kacang buncis goreng..lagipun tu ajer sayur yang ada pun :)


Bahan-bahan:

10-20 batang kacang buncis - dipotong serong
3 biji bawang merah - dimayang
3 biji bawang putih - dimayang
Bebola ikan - dipotong dua atau empat bahagian
Sos ikan secukupnya
Air secukupnya
Kicap soya cair secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara memasaknya :

1. Isi minyak masak ke dalam kuali dan biarkan minyak panas. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang sehingga naik baunya.
2. Masukkan bebola ikan dan goreng seketika sahaja. Masukkan juga sos ikan dan kicap soya cair secukupya. Jangan isi banyak2 dahulu yer, sebab nanti terlebih masin pulak. Renehkannya sekejap.
3. Masukkan sedikit air dan kacang buncis. Goreng sehingga kacang buncis empuk. Lepas tu hidangkanlah dan makan :)

Tak perlu masuk garam sebabnya kicap soya cair dan sos ikan dah masin.. Karang double pulak rasa masinnya..Jaga2 nanti dapat darah tinggi pulak..

Asam Pedas Ikan Cencaru

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua.. Hari ni merupakan hari cuti umum untuk semua rakyat Malaysia.. Apa lagi berjimba lah kat rumah :)

Hmm.. dah tengahari ni..bukak peti ais, kat dalamnya ada ikan cencaru dan kacang buncis... Apa nak masak ari ni? Kepala ligat memikirkan lauknya..Aha..asam pedas ikan cencaru dan kacang buncis goreng.. Bolehlah tu..2 jenis lauk ajer..Buat apa nak masak banyak2..Ni pun belum tentu habis :)

Jadik saya nak kongskikan resepi asam pedas ni.. Biasalah orang Melaka kan suka makan asam pedas.. Apa sebab asam pedas Melaka popular ye? Bagi sayalah asam pedas Melaka pekat dan terasa segala rasa asam dan pedasnya.. Hehehe.. sajer jer puji lauk sendiri :)

Ni resepi Asam Pedas Ikan Cencaru..


Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru
5 biji bawang merah - ditumbuk/dikisar
5 biji bawang putih - ditumbuk/dikisar
2 senduk kecik cili giling (kalo nak pedas lagi, leh letak banyak siket)
Air asam jawa (kalo nak masam letak lah banyak siket)
2 batang serai - diketuk
Belacan - diramas dan dicampur sedikit air
Serbuk kunyit secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya

Cara memasaknya..
1. Ikan cencaru digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng sehingga hampir garing. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Masukkan minyak masak dalam periuk. Apabila minyak masak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk, dan serai yang telah diketuk. Goreng sehingga naik baunya.
3. Masukkan cili giling dan belacan serta sedikit serbuk kunyit. Goreng sehingga garing.
4. Apabila cili giling sudah garing, masukkan air asam jawa dan kacau sehingga sebati. Biarkan sehingga kuah mendidih.
5. Apabila kuah telah mendidih masukkan ikan cencaru, dan tambahkan sedikit air supaya kuah tidak terlampau pekat sangat dan biarkan ia mendidih sekali lagi.
6. Akhir sekali, perasakan dengan garan dan gula secukupnya selepas kuah asam pedas mendidih sekali lagi. Dah selesai, padamkan api dan boleh dihidangkan.