Saturday, 29 March 2014

Burger Malaysia

Hehehehe.. Kenkawan kenal ke burger Malaysia? Saya pun tak tahu apakah burger Malaysia sehinggalah saya tengok resepinya. Rupa-rupanya Burger Malaysia ialah kuih pedas yang saya suka sangat makan masa saye kecik dulu. Sebenarnya kuih ni sangat sedap kalau sambalnya sedap. Tapi, jangan lak kata saya masuk bakul angkat sendiri lak yer.. Saya tak kata sambal saya sedap tau, tapi kenkawan leh cuba.. Kalo sedap maksudnya, masakan kenkawan lah sedap tau.

Jadi, bila dah dapat resepi ni barulah saya tahu macamana nak membuatnya..rupa-rupanya sama macam buat roti atau pau.. Selama ni saya tak pernah nak buat sebab takde keyakinan nak menguli, tapi sebab memang tekak ni nak makan sangat kuih tu, saya pun menggagahkan diri mencubanya.. Saya cakap kat suami, "Abang, kalo kuih ni tak jadi, awak kene telan jugak tau". Suami saya gelak apabila mendengar kata-kata saya sambil menjawab, "Abang makan, tak baik membazir". Perggh.. panas sikit hati tapi takpe, itu cabaran namanya. Kene buat sampai jadik..hehehehe

Ni resepinya kepada mereka yang nak mencuba :)


Bahan-bahan:
Doh Burger Malaysia
250g tepung gandum
150ml air
2 sudu besar butter/margerin
2 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis mauripan
Minyak masak secukupnya

Caranya:
- Campurkan semua bahan kering terlebih dahulu. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli adunan tadi sehingga tidak melekat di tangan. Buat doh seperti bulatan besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
- Lepas tu, tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8-12 bahagian. Buat doh bentuk bulat kecil.Biarkan doh naik 2 kali ganda lagi. 
- Goreng doh bulat kecil tadi dalam minyak yang panas sehingga kekuningan atau garing.

Sambal ikan bilis
Segenggam ikan bilis - dibersihkan, direndam dan digoreng sehingga garing
4 biji bawang merah - ditumbuk lumat
3 biji bawang putih - ditumbuk lumat
1 senduk cili mesin
sedikit belacan - dicampur ke dalam air asam jawa
1 mangkuk kecil air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Air (sekiranya perlu)
Minyak untuk menumis

Cara:
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili mesin dan goreng sehingga garing.
- Masukkan air asam jawa yang telah dicampur dengan belacan.
- Perasakan sambal dengan garam dan gula secukupnya.
-Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing. 
- Sudah boleh dihidang.



Apabila doh dan sambal telah siap, doh tadi dipotong separuh janji tak putus, dan masukkan sambal di tengannya. Sudah boleh dimakan.

Kenkawan, leh juga cuba ni ===> Potato Crepe

No comments:

Post a Comment