Tuesday, 25 March 2014

Nasi ayam Hot n Spicy

Hai..Hai..Hai.. hari ni saya terasa macam nak masak nasi ayam lah pulak..Dah lama x masak lauk ni.. Kalo pergi beli kat kedai sekarang ni harganya pun dah RM 5 sebungkus. Lebih baik masak sendiri, boleh makan banyak siket.. Betulkan?

Bezanya kali ni, saya akan memanggang ayam tersebut tau. Biasanya saya gorengkan ajer. Jadi, kalau panggang, perapan ayam pun akan berbeza sebab saya nak ayam ni rasa pedas siket.

Lagipun, sepupu suami pun nak datang malam ni..Jadik kenelah masak banyak siket..



Oklah, asyik berceloteh ajer.. Apalagi ni hah resepinya..

Nasi Ayam Hot n Spicy

Cara penyediaan untuk :
a) Nasi



Bahan utk nasi :
Beras 4 cawan - dibasuh sehingga bersih
Stok ayam 4 cawan
Bawang putih 3 biji - dimayang dan digoreng garing
Bawang merah 3 biji - dimayang dan digoreng baring
2 titik pewarna kuning
Garam secukup rasa

Cara memasaknya:
1. Untuk membuat stok ayam, masukkan 1/2 bahagian periuk dengan air dan masukkan 1 keping peha ayam di dalamnya dan biarkan ia masak sehingga mendidih. Apabila stok telah mendidih, matikan api dapur dan biarkan ia sejuk serta keluarkan peha ayam tersebut.
2. Sambil menyediakan stok ayam, anda boleh menggoreng bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang sehingga garing.
3. Bersihkan beras yang ingin dimasak. Masukkan dalam periuk nasi dan tuangkan stok ayam ke dalamnya. Masukkan sekali bawang yang telah digoreng garing tadi dan garam secukupnya.
4. Masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik. Apabila nasi hampir masak, masukkan pewarna kuning dan gaul nasi tersebut sehingga sebati.

b) Sup

Bahan untuk sup:
1/2 liter stok ayam
1 kiub ayam knorr
Bawang putih 4 biji - diketuk
Bawang merah 4 biji - diketuk
Halia 1 biji kecil dan dihiris nipis
Cendawan - secukup rasa
Lobak - dihiris atau dipotong dadu
Garam secukup rasa
Rempah-ratus 4 sekawan (bunga cengkih, buah pala, bunga lawang dan kayu manis) - dibasuh bersih

Hiasan:
Bawang putih 2 biji - dimayang dan digoreng garing
Bawang merah 2 biji - dimayang dan digoreng garing

Cara memasaknya:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan rempah-ratus 4 sekawan.
2. Apabila tumisan telah naik bau dan warna kekuningan, masukkan stok ayam. Masukkan lobak dan masak sehingga empuk.
3. Apabila lobak sudah empuk dan kuah mendidih, masukkan cendawan dan kiub pati ayam knorr serta biarkan kuah mendidih sekali lagi.
4. Perasakan kuah dengan garam secukupnya. Setelah selesai, sudah boleh dihidangkan dengan hiasan bawang goreng garing tadi.

c) Ayam panggang

Bahan untuk ayam:
3 keping peha ayam / 1 ekor ayam - dibersihkan dahulu
5 biji bawang putih - ditumbuk halus
5 biji bawang merah - ditumbuk halus
1 biji halia - ditumbuk halus
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar cili mesin / cili boh
1 sudu besar paprika
1 susu kecil rosemary (optional - kalo tiada pun xpe)
Garam secukup rasa

Cara memasaknya:
1. Gaul semua bahan yang ditumbuk halus dengan cili, serbuk kunyit, paprika dan garam.
2. Lumurkan pada ayam yang telah dibersihkan.
3. Taburkan rosemary pada ayam.
4. Perap ayam terlebih dahulu selama 2 jam. (kalau malas, 30 minit pun ok).
5. Selepas itu, panggang ayam atas pemanggang sehingga masak.

d) Sayur




Bahan untuk sayur:
Salad - dibersihkan
Tomato - dibersihkan dan dihiris

Cara penyediaan:
1. Bersihkan salad dan tomato.
2. Hiris tomato dan susunkan tomato dan salad atas pinggan.

e) Sos cili
- Untuk kali ni, saya malas nak sediakan. Jadi, saya gunakan sos cili ayamas ajer. Tak payah nak susah2kan badan. hehehehe.. Tapi kalau nak buat jugak, ni resepinya.

Bahan untuk sos cili:
10 biji cili merah -dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
garam dan gula secukup rasa
perahan air limau nipis secukupnya
Air secukupnya
1 sudu kecil tepung jagung dicampur dengan sedikit air

Cara penyediaan:
1. Campur bahan dikisar tadi, garam, gula, perahan air limau nipis dan air ke dalam periuk.
2. Masak campuran tadi sehingga didih. Kalau nak pekat, masukkan sedikit campuran tepung jagung dengan air. Sudah boleh dihidang.

No comments:

Post a Comment