Sunday, 30 March 2014

Soto Ringkas

Alhamdulillah, baru ajer selesai makan epok-epok yang diberikan oleh jiran saya.. Memang sedap. Itulah rezeki, tidak tahu bila ia akan datang kepada kita. Sesungguhnya ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..
Oklah ari ni sy nak kongsi kepada kenkawan semua, hidangan berat tapi ringkas sahaja cara membuatnya.. Kenapa saya cakap ringkas? Sebabnya dalam peti sejuk saya sudah takde bahan mentah lagi kecuali sotong basah dan bebola daging pagi tadi. Disebabkan sudah beberapa hari makan nasi, jadi hari ni saya ubah selera kepada soto.. Lagipun ari ni malas nak masak lauk yang bermacam-macam bahan di dalamnya.
Selain itu, soto yang saya buat ni tak perlu ditumis langsung..Kenkawan hanya perlu leburkan ajer.. Senangkan???


Soto Ringkas

Ketupat:
2 bungkus ketupat segera bersaiz besar 
2 helai daun pandan
Air secukupnya

- Ketupat segera direbus bersama-sama dengan daun pandan di dalam periuk berisi air sehingga masak.

Sayur-sayuran
Sayur sawi secukupnya
Taugeh secukupnya
Air secukupnya
Secubit garam

- Saya tak sediakan banyak sayur coz suami saya tak suka makan sayur. Jadi sayur sawi dan taugeh ni saya rebus dalam air mendidih yang dibubuh sedikit garam untuk mengekalkan kesegaran dan warnanya.

Kuah soto
3 biji bawang putih - ditumbuk lumat
1 ruas halia sebesar ibu jari - ditumbuk lumat
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk lumat
1 sudu kecil ketumbar - ditumbuk lumat
1 sudu kecil sos tiram
2 biji bunga cengkih - dibasuh bersih
2 biji buah pelaga - dibasuh bersih
1 kerat kayu manis - dibasuh bersih
2 biji bunga lawang - dibasuh bersih
Bebola lembu / daging ayam
Air secukupnya
Garam secukupnya

- Penuhkan setengah periuk dengan air dan dimasak pada api yang sederhana besar.
- Masukkan sekali semua bahan yang telah ditumbuk lumat dan rempah 4 sekawan (bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang). Biarkan kuah mendidih.
- Apabila kuah telah mendidih, masukkan bebola lembu atau daging ayam. Biarkan bebola atau ayam masak sepenuhnya.
- Akhir sekali, masukkan sos tiram dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan kuah mendidih untuk kali terakhir. Hidangan sudah boleh disantap.

Soto takkan menjadi kalau takde sambal kicap. Ni resepi untuk buat sambal kicap.

Sambal kicap

10 biji cili merah - dibasuh dan dipotong kepada 2 bahagian
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Kicap manis secukupnya
Kicap masin secukupnya
Sedikit air limau nipis
Sedikit air (kalau perlu)

- Kisar semua bahan tersebut. Itu ajer. Mudahkan????


Apalagi yang ditunggu. Cubalah.. Soto yang saya buat ni bukan sahaja langsung tidak menggunakan minyak. Malah sedap rasanya sebab suami saya kata "Hari ni awak masak macam kita makan mi ganja kat Tengkera. Sedap!. Sebenarnya suami saya jarang nak makan soto yang saya buat coz dia memang cerewet bab soto ni. Makanan kegemaran dialah katakan.. Hehehe..Yang penting, hari ni dia puji masakan saya.. Selamat mencuba!

Boleh juga cuba resepi ni ==> Nasi ayam

No comments:

Post a Comment