Friday, 28 March 2014

Potato Crepe

Petang tadi macam boring ajer coz macam xde aktiviti lak nak dibuat..Jadi, tiba2 tangan ni menggatal menggodak sesuatu di dapur.. Suami saya cakap, "Awak ni asyik masak ajer, nanti makin montel awak dibuatnya.". Geram jugak apabila dengar ayat tu..Tapi dalam hati, kalo saya dah masak, yang makan pun mestilah encik suami kan? Untuk itu, saya pun buat muka "bodoh" ajer dan kata "yang saya buat ni, sekali dengan makan malam yer, kita diet!" Apalagi apabila memikirkan kene buat juadah untuk makan malam sekali, kenelah ubahsuai juadah tu supaya ringkas tapi mengenyangkan untuk tempoh yang lama. Apa lagi, jadilah "potato crepe" atau lempeng kentang ni..Hehehehe..

Ini lah resepinya..Bagi mereka yang diet, leh cuba juadah ni tau.. Memang mengenyangkan untuk satu tempoh masa yang lama..

a) Untuk crepe:

Bahan-bahannya:
1 biji kentang - direbus dan dilecek
100gm tepung gandum
1 biji telur
1 cawan susu cair
1/2 cawan santan
garam secukup rasa
pewarna kuning (optional-takde pun takpe)
daun kucai - dipotong halus
sedikit air (kalau adunan terlampau pekat, kenelah cairkan sedikit)
sedikit mentega

Cara penyediaan:
1. Campurkan kentang yang telah dilecek, tepung gandum, telur, susu cair, santan dan garam di dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Masukkan dalam blender dan kisarkan seketika.
2. Kalo adunan terlampau pekat, masukkan sedikit air utk mencairkannya.
3. Kemudian masukkan dalam bekas lain, campurkan daun kucai yang telah dipotong halus dan gaul dengan whisk.
4. Panaskan kuali non-stick, oleskan sedikit mentega, dan tuangkan sedikit adunan dan ratakan. Apabila adunan sudah separuh masak, boleh diterbalikkan untuk masak bahagian yang masih mentah.
5. Apabila kedua-dua bahagian crepe sudah masak, bolehlah dihidangkan.

b) Untuk kari daging
Bahannya:
Daging kisar
sedikit bawang putih dan bawang merah -dikisar
2 sudu besar rempah kari Babas
Sedikit air asam jawa
Sedikit minyak
Sedikit santan pekat
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara penyediaan:
1. Masukkan minyak dan biarkan kuali panas seketika.
2. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau,
3. Masukkan rempah kari Babas yang dicampur sedikit air. Masak sehingga garing.
4. Apabila rempah sudah garing, masukkan daging kisar dan sedikit air. Gaul selalu sehingga daging empuk. 
5. Kemudian masukkan air asam jawa dan perasakan garam secukupnya.
5. Akhir sekali, masukkan santan dan kacau sehingga sebati. Biarkan mendidih seketika. Padamkan api dan lauk sudah boleh dihidangkan bersama-sama dengan crepe.

No comments:

Post a Comment